CdiQ™

Thursday, November 15, 2012

sejarah awal pembinaan Kaabah :)

Kisah yang SEMUA umat Islam WAJIB baca :

" Bagaimana Sejarah Awal Pembinaan Kaabah ?? "

Seperti yang kita tahu, kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di dunia ini. Kiblat juga terletak di bahagian tengah Masjidil Haram dan merupakan tempat yang dikunjung oleh jutaan umat manusia setiap tahun. Namun adakah kita tahu tentang sejarah awal pembinaan kaabah ini? Kaabah mempunyai sejarah tersendiri di mana kawasan ini jugalah Rasulullah SAW menyelesaikan masalah pertelingkahan
 yang berlaku untuk menentukan siapakah mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s :

“Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara” Lalu Nabi Ismail a.s berkata: “Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu” Nabi Ibrahim a.s bertanya: “Adakah kamu akan menolongku?” Nabi Ismail a.s menjawab: “Aku akan menolongmu” Lalu beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.”

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :

--> Tinggi Kaabah sembilan hasta.
--> Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
-->Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
-->Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
--> Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
--> Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba’ Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.

Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini.

Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.

Indahnya Kaabah - Tidak boleh tidak, kita sebagai umat Islam yang berkemampuan wajib untuk menunaikan haji di sana. Jadi secara tidak langsung, kita akan dapat melihat kaabah secara dekat. Betapa besarnya keagungan Allah SWT dan tiada siapa yang dapat mengetahui apakah rahsia di sebalik kaabah ini. Jom azam untuk pergi ke sana.

pramugari koma di Tanah Suci Mekah .

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

pengajaran dari tanah suci,Kaabah Terbalik !!

Diceritakan oleh : Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus

KIRA-KIRA tiga tahun lalu, semasa mengerjakan ibadat umrah saya bertemu dengan seorang jemaah perempuan. Wajahnya memang cantik dan masih
muda orangnya. Dia datang mengerjakan umrah bersama suaminya. Wajah suaminya nampak agak tua tapi daripada air mukanya yang lembut memang nampak baik orangnya. Manakala si isteri kelihatan agak garang. Wajahnya serius dan tegas.

Apabila sampai di Makkah, wanita tersebut tetap dengan caranya yang sentiasa hendak mengawal suami. Yang anehnya si suami jadi semacam khadam - suruh duduk dia duduk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi ... macam lagu P. Ramlee. Dia tidak membantah barang sedikit pun kata-kata isterinya. Daripada gelagat mereka itu, boleh diringkaskan bahawa si isteri adalah ibarat 'nyawa' kepada suaminya cuma dengan ekor mata sahaja wanita tersebut boleh mengarahkan suaminya. Atau dengan hanya menjeling saja suaminya sudah faham arahan isteri.

Kami cuma dapat memerhatikan saja perangai wanita tersebut. Hendak dinasihatkan khuatir akan berlaku pertelingkahan kerana sifat wanita itu nampak garang. Kalau dinasihat tentu sekali dia menolaknya. Tapi Tuhan Maha Kaya. Jika perbuatan kita menyalahi hukum agama maka lambat-laun akan ditunjukkan juga oleh Allah S.W.T. Selepas beberapa hari berada di Makkah, wanita berkenaan asyik termenung sahaja. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan.

Perubahan pada diri wanita tersebut disedari para jemaah lain tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan ibadat masing-masing, mereka tidak mahu campur tangan atau bertanya kepadanya kalau-kalau dia menghadapi masalah. Akhirnya kisah pasangan itu hilang begitu sahaja.

Namun selepas bersama-sama mengerjakan sai dan mula mengerjakan tawaf, bermulalah kejadian yang tidak disangka-sangka. Hari itu wanita tersebut mengajak suaminya melakukan tawaf berjalanlah mereka beriringan, tetapi sebaik menoleh ke arah kiblat, tiba-tiba wanita itu ini minta suaminya berhenti.

"Bang! Berhenti bang! Ke tepi! Ke tepi!"

"Apa kena dengan awak ni?" tanya suaminya kehairanan.

"Cuba abang tengok Kaabah tu. Eee takutnya! Saya takut bang, saya takut!" kata wanita itu sambil memaling muka ke arah lain dan menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Nak takutkan apa, inikan Kaabah yang mulia," nasihat suaminya supaya isterinya tidak takut dan mencuba lagi untuk tawaf.

"Dahlah tu ... tak ada apa-apa. Mari kita tawaf lagi," kata lelaki berkenaan.

Wanita itu melangkah semula untuk tawaf, tapi baru beberapa langkah, dia berhenti semula.

'Ya Allah," teriaknya sambil berlari ke tepi kerana ketakutan.

'Kenapa dengan awak ni?' tanya suaminya. Dia kelihatan cemas.

"Abang ... Kaabah terbalik! Nak hempap saya! " jawab si isteri.

"Ahh awak ni. Mana ada, elok aja Kaabah tu. Jangan mengarutlah. Itu perasaan awak saja," kata suamimya. Begitulah yang berlaku beberapa kali hingga akhimya wanita berkenaan menjerit - jerit ketakutan. Jemaah lain tercengang melihat dirinya. Apabila menyedari sesuatu yang tidak kena dengan isterinya, si suami menasihatkannya supaya duduk di barisan jemaah untuk berehat seketika.

"Tunggu sini sampai saya selesai tawaf," kata suaminya.

Akibat masalah itu, terlepas peluang wanita tersebut untuk mengerjakan tawaf. Begitulah seterusnya selepas beberapa hari perempuan itu masih gagal melakukan tawaf dengan sempurna kerana setiap kali melihat Kaabah, dia melihat Kaabah terbalik dan hendak menghempapnya.

Semasa berada di Makkah, lelaki tersebut bertungkus lumus menenangkan perasaan isterinya. Tetapi oleh kerana ketakutan yang dialami wanita itu gagal disembunyikan lagi, lama-kelamaan ramai jemaah yang tahu kegagalannya untuk tawaf

Akhirnya pada suatu hari wanita tersebut datang menemui saya sambil menceritakan masalah yang dihadapinya sejak datang mengerjakan umrah tiga hari lalu.

"Begini ustaz, dah tiga hari saya berada di mekah tapi masalahnya saya gagal, nak tawaf ustaz", katanya dengan keluhan yang memberat di dada.

"Setiap kali saya nak tawaf saya nampak terbalik. Kenapa ustaz? Apa salah saya ustaz? Cerita perempuan berkenaan.

Saya berkata: "Agaknya awak ni ada menuntut ilmu salah (hitam)." Sengaja saya berkata demikian untuk menduganya. Pada agakan saya, mungkin Kaabah itu terbalik sebab dia mengamalkan ilmu yang songsang, Kemudian ilmu songsang itu yang membawa mudarat kepada diri pengamalnya. Tapi itu agakan saya saja.

Namun apabila saya berkata demikian, wanita tersebut termenung lalu tunduk seketika. Setelah beberapa lama terdiam akhirmya dia mengaku tentang perbuatannya yang lampau mengamalkan ilmu hitam bertujuan menundukkan suaminya.

"Saya memang bersalah ustaz. Sebelum ini memang saya ada menuntut ilmu untuk menundukkan suami daripada seorang bomoh," katanya dengan linangan air mata.

Wanita itu seterusnya bercerita: Ini semua gara-gara dorongan hawa nafsu semata-mata supaya sentiasa dipandang cantik oleh suami."

Katanya lagi, ilmu hitam yang diamalkan sejak mula - mula berkahwin dulu memang mujarab. Oleh kerana suaminya kacak dan lawa orangnya dia khuatir wanita lain terpikat dengannya. Melalul ilmu penunduk daripada seorang bomoh handalan dia berharap suaminya dapat dimiliki sepenuhnya. Sejak itu suaminya sentiasa menuruti segala telunjuknya. Akibat sihir itu, lelaki berkenaan yang dahulunya ramah-tamah kini diam menikus. Hitam kata isteri maka hitamlah katanya. Kalau putili katanya maka putihIah akhlmya. Tidak dibantah walau sedikit pun.

Dengan sihir itu wanita tersebut mula menghambakan suaminya pula. Disuruhnya suaminya memasak, membasuh, menyidal pakaian, menyiram pokok bunga, basuh najis anak dan macam-macam lagi. Tidak ubah suaminya itu dibuat seperti pembantu rumah.

"Dulu memang saya queen control. Tapi ustaz, sekarang saya dah insaf. Saya menyesal sungguh-sungguh dengan perbuatan saya dulu. Saya jahil hukum agama, ustaz," katanya dengan sedih. Saya lihat wanita ini menyesal sungguh-sungguh. Beruntung juga kerana dia bertaubat semasa berada di tanah suci buktinya Allah masih sayangkannya.

"Kalau begitu awak kenalah mohon ampun kepada Tuhan atas perbuatan menganiaya suami awak. Awak juga kena minta ampun dengan suami awak," balas saya.

Saya lihat wajah wanita itu berkerut. Dia menitiskan air mata di atas kekesalannya. Ketika itu juga dia mengucup tangan suaminya sambil memohon ampun di atas perbuatannya yang Ialu. Bagaimanapun lelaki berkenaan seorang yang baik lantas memaafkan kesalahan isterinya itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.

"Tak usah menangislah. Tak guna. Yang dah lepas tu biarlah. Usah diungkitkan lagi. Semua orang berdosa, abang pun ada buat dosa pada awak," kata suaminya.

Beberapa hari kemudian barulah perempuan itu dapat mengerjakan tawaf dengan sempurna. Dia datang semula menemui saya.

"Terima kaslh ustaz, saya dah boleh buat tawaf", katanya.

"Baguslah," kata saya sambil tersenyum melihat gelagat pasangan berkenaan. Saya lihat wanita itu kelihatan begitu terharu sekali.

Malah dia semakin tekun beribadat. Hasil keinsafan itu, suaminya dilayan seperti raja. Tiada lagi arah-mengarah seperti mula-mula tiba dahulu. Hubungan mereka berdua juga begitu bersopan santun dan lemah lembut setelah mendapat hidayah di tanah suci.

"Dalam pada itu ada juga orang mempelajari daripada mereka ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilib untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." Surah al-Baqarah 2: 102






Monday, November 5, 2012

hukum menjawab salam lelaki ajnabi ???



Adik Su: Abg Ngah, ada laki ajnabi dekat kolej kirim salam dekat saya. Patutkah saya jawab? Apakah hukumnya?

Abg Ngah: Abg tak arif mengenai hukumnya. Namun dari fikiran kurang cerdik Abg Ngah, lebih baik jawab begini;

"Wa'alaikumussalam Ya Ahlal Barzakh" ( Sejahtera jua ke atasmu wahai ahli kubur )

Adik Su: Nanti kalau dia tanya kenapa jawab macam tu, dia kan masih hidup?

Abg Ngah: Betul, jas
ad dia masih hidup. Dia masih bernyawa berkata-kata. Tapi hati dia dah boleh tanam dalam kubur dah. Hati dah mati.

Adik Su: Kasar ayat tu Abg Ngah.

Abg Ngah: Cuba Adik Su fikir, adakah para ulama, para solihin (org² soleh), orang-orang yang menjaga agamanya akan berbuat sedemikian? Berkirim-kirim salam nakal dengan niat mengurat pada wanita ajnabi? Kata Syeikh Ibrahim Adham, salah satu dari 10 sebab matinya hati adalah:

"Kamu mengaku Syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya."

Bukankah syaitan yang membisikkan supaya, "Kirimlah salam pada gadis itu. Kirimlah. Tak mengapa, beri salam tu bagus dalam agama. Wajib jawab salam kata agama. Tak jawab dosa." Syaitan membisikkan kekeliruan.

Lalu keluarlah ayat standard kita selalu dengar: "Assalamualaikum, tak jawab dose.." ditujukan nakal pada gadis-gadis dengan niat yang terpesong.

Adik Su: Is is is...

Abg Ngah: Kalau Adik Su suka laki tu, suruh dia datang jumpa Abg Ngah. Abg Long dan Abg Ngah boleh jadi wali since ayah dah tak ada. Esok boleh terus akad nikah kalau nak sangat.

Adik Su tersenyum. Actually dia pun dah terberkenan dekat jejaka yang kirim salam tu.

Aisehmen.


p/s : lau lelaki buat cara lelaki,jadi pemuda islam sebenar.beranikan diri berjumpa keluarga si berkenan dihati tu dulu.come on man! tu baru gentlemen,,cair jumpa laki cam nie * gedik tau minachi nie* hehehe 


ololololo,,cuwitttt courrr kan tuuu *muncung itik *


kalau budak buat cara budak ya,BUDAK



Budak-budak zaman Sahabat Nabi SAW dan 3 zaman terbaik dulu kecik-kecik dah 30 juz al-Quran. Budak-budak zaman sekarang, al-Quran pun al-Fatihah belum tentu betul bacaan. Ada yang tak reti baca lagi pun ada. Solat pun entah ke mana. Ilmu fardhu 'ain, haram nak ambil tahu dengan serius. Tu pun masa nak exam aje lah baru nak baca.

Ada hati nak kahwin?

Couple konon. 

Kerja tak ada, duit mak ayah, nak couple. Memalukan. Kau tak malu 
ke dengan diri sendiri?

"Papa..papa..mama..mama.." Umur baru 14,15, 16. Nak I tampa u nak bagi sedar sikit. Nak harapkan mak ayah tegur, lambat lagi lah. Siap usik-usik lagi, "Adik dah ada boifren ke kat sekolah? Bagitaulah abah..." Hik hik hik Abah gelak-gelak dengan Mama. Bagi sokongan. Dengan abah-mama patut kena tampo.ngeeeeee *larikkkk.


xdgr ke radio era.fm tuu adik?? ehem ehem* testing suara* ,

adikkkkkkk,nie kak ct nak pesan.janganlah adik bergewang berkapel bermama berrpapa berrdaddy berrmummy berrsyg berrabg berrbabyy berrhoneyy semasa masih bersekolah.bukan ape kak citi x sukalah adik bermain cinta semasa zaman sekolah,kebanyakannya akan hanyut dan KAPEL IS HARAM UOLLZZZ *hambik kau* .sekian time kacih daun keladi. *edited version ;p 

jgan marah aaa,nanti cpt tua tau tau tau ! -anis jasmin(darisinikebintangbintang.blogspot.com)


bercinta selepas kahwin is full with barakah :)


haaahhhhhhhhhhh!!! baca nih