CdiQ™

Tuesday, April 16, 2013

~Jaga pandangan mata~



Bismillahirrahmanirrahim....

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”




Sabdanya lagi:

“Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”

Pesanan kepada penulis dan sahabat sekalian.....

Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu?

Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat. Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama , ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama.

Macam pelik je bunyinya tu. Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat untuk diri sendiri. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

"Tingkatkan Amal,Kuatkan Iman"

insyaAllah.... love cik min .kiki

Monday, April 15, 2013

~ Ape Agaknye Yang perlu Kita Buat Di Hari Ulang Tahun Kelahiran..?? ~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...dapat lagi saya menulis hari nie...itulah yang dikatakan nikmat Allah x pernah putus-putus sampai kepada kita sebagai hambanya....tapi,kita selalu lupa akan pencipta...

Mesti tertanya-tanya..kenapa la tajuk nie jadi bahan tulisan kali nie...saya pun x tahu...sejak kebelakangan nie...ramai yang menyambut hari kelahiran...sahabat-sahabat saya yang duduk skali nie,boleh dikatakan majoriti hari lahirnya di hujung tahun...jadi..mungkin ini adalah masa yang paling sesuai dengan keaadaan untuk kita sama-sama membincangkan mengenai perkara nie...

Baiklah...slalu kita dengar..bila ditanya..bila birthday??...dengan lantas menjawab 21 Nov,21 Feb,21 Mac dan sebagainya...jarang sekali kita dengar yang menjawab 11 Rabiulakhir (21 Nov la tu..hehe)...jadi...cuba kita tanya diri kita...knape kita x ikut kalender hijrah?? Tp,xpe lah..bg saya semua tu x salah...itu juga mengikut kiraan tahun.(saya harap pendapat saya nie x salah)...Jadi,bila kata hari lahir...apa yang tergambar kat fikiran kita selalunya hadiah,kek,ucapan dan sebagainya lah....adakah semua itu perlu?? Bagi saya..kalau orang bagi...Alhamdulillah..ambillah...kalau x... jgn pulak kita berkecil hati..jangan ada dikalangan kita mula bermonolog..."teruk la die nie...besday dia aku cepat je bg ucapan...siap bg hadiah lagi...besday ak..ucapan pun dia x bagi..." Ingat sahabat2 sekalian...smua tu bukanlah tujuan utama kita mengingati hari kelahiran kita...jadi..apa yang perlu??

secara jujur saya juga seorang manusia biasa..tidak mendalami perkara ini...penulisan ini sekadar apa yang diketahui...bagi saya apa yang perlu kita lakukan pada hari kelahiran kita adalah:

1) Bersyukur kepada Allah dengan umur yang masih diberikan...

Kita x tahu bila masanya nyawa kita akan diambil...nyawa nie merupakan anugerah yg telah Allah berikan kepada kita dengan tujuan untuk kita beribadah kepada-Nya...jd perlulah kita muhasabah diri kita tentang umur yang telah kita habiskan...

2) Berterima kasih kepada orang yang melahirkan kita (ibu,mak,umi kita)

Jika kita fikirkan balik...siapa lagi manusia yg paling layak kita ucapkan terima kasih melainkan kepada orang yang bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan kita...selayaknya..ibu kita lah orang yang perlu menerima hadiah di hari kelahiran kita...cuba kita renung semula apa jasa yang telah kita berikan kepada ibubapa kita...adakah kita telah melaksanakan hak seorang anak terhadap kedua ibubapa?
Firman Allah:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-isra':23)

3) Jika ingin menyambut...sambutlah dengan sederhana...

Maksud saya disini..janganlah kita membazir...sekadar bersama sahabat2...itu sudah memadai...bg saya..xperlu la kita menyambutnya di restoran2 besar..KFC,McD,Pizza...x payah...itu semua membazir duit dan juga masa...buatlah sekadar mungkin...

Apa yang saya dapat kongsi hanya tiga nie je dulu....xtau la ape lagi..walaupun saya percaya banyak lagi yang perlu ditambah...saya berharap dapat idea2 dari sahabat2 pembaca sekalian...

Yang terakhir saya nak tambah..pernah Ustazah Siti Norbahyah (sekarang dapat gelaran Dato') bg tau dalam satu ceramah beliau..."Sesiapa yang inginkan isteri yang solehah @ suami yang soleh,berpuasa lah ia di hari ulang tahun kelahirannya....hehe...

Jd,saya berharap..smoga penulisan ini sedikit sebanyak akan memberi kebaikan kepada kita semua...semoga segala salah dan silap dalam penulisan ini dapat ditegur oleh para sahabat semua kerana saya juga seorang insan yang lemah lagi hina...

sekian...wassalam...

"Eratkan Ukhwah,kuatkan ibadah,tingkatkan iman"

muslimin vs muslimah


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Wahai kaum lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. 

Wahai kaum wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 
1. ibunya 
2. isterinya 
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 
1. suaminya
2.ayahnya 
3. anak lelakinya 
4. saudara lelakinya 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, 
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.