MINGGU DESTINI SISWA.
Assalamualaikum..MDS ini dikira sebagai minggu orentasi sebagai pelajar asasi uitm.Mds akan berlangsung selama 5 atau 6 hari,minggu inilah minggu yang paling penat tapi sangat best dan meninggalkan banyak pengalaman manis.Kebiasaannya terdapat dua tarikh berbeza untuk pendaftaran.Ini untuk memudahkan kelancaran aktiviti minggu destini siswa.tarikh itulah yang membahagikan pelajar asasi yang beribu itu kepada dua kumpulan yang besar.
semasa minggu destini siswa yang dikendali oleh pelajar degree yang dari uitm shah alam,puncak alam dan puncak perdana.sepanjang tempoh itulah pelajar asasi akan medaftarkan diri sebagai pelajar asasi yang sah dan mendapat taklimat berkaitan pelajaran dan kehidupan anda disana selama setahun.nasihatnya disini,sepanjang mds silalah bawa barang berharga bersama-sama dan sentiasa menjaganya sebaik mungkin.,pakai pakaian yang selesa kerana pelajar asasi akan berkumpul seawal 5 pagi sehinggalah 12 tgh mlm atau 1/2 pagi..bawalah bekalan air yang secukupnya kerana mesti mudah untuk dehyration sebab agak penat.banyak aktiviti yang dijalankan.pastikan juga memakai kasut yang senang utk dipakai dan selesa,kerana banyak aktiviti berjalan untuk beratur pergi makan n aktiviti riadah.
PENGINAPAN.
Penginapan di uitm puncak alam @ palam ini sangat memuaskan hati.hostel pelajar boleh dikatakan apartment,kenapa?kebanyakan blok penginapan 7 tingkat keatas dan ade kemudahan lift. setiap level ade 8 rumah,setiap rumah ade 4 bilik,setiap bilik untuk 2 penginap.
kemudahan rumah ialah ruang tamu yang kecik cute,dan toilet yang selesa,ade 1 tandas mencangkung, 1 shower , 1 shower + tandas yg toilet bowl...ade dua sinki..1 sinki bercermin.1 sinki yang macam kat dapur tu,selaras dengan sinki itu tmpt letak semua bakul mandian kita n tempat basuh baju.ade juga ampaian yang kecil didalam tandas.
kemudahan bilik ialah ade katil yang empuk,loker sorang satu,kipas, dan meja study yang luas sangat.bilik mmg dijamin sangat selesa dan luas.untuk kemudahan internet,,setiap bilik dibekalkan suiz,,korang kena beli wayar LAN untuk mendapatkan kemudahan internet,masyaALLAH,selesanya palam kerana kemudahan internet pon senang..pepandailah bahagikan kemudahan internet itu,tepaksalah kongsi kerana setiap bilik hanya ade satu sahaja,ade juga kemudahan internet di ruang tamu.
blok pelajar perempuan dinamakan kolej Rafflesia,ade 6 blok semuanya.
blok pelajar lelaki dinamakan kolej Angsana,ade 5 blok semuanya.
*blok ada penambahan kerana palam masih dalam pembangunan*.
KEMUDAHAN SEKITAR.
Ditengah-tengah kawasan kolej penginapan,ade padang kawat,gelanggang futsal,bola jaring,squash dll.terdapat dua cafe utama dikawasan kolej penginapan,CAFE REFFLESIA UNTUK GUGURL CAFE ANGSANA UNTUK BOBOY.
PENGANGKUTAN.
Bandar terdekat dengan kampus puncak alam ialah bandar klang dan setia alam. hanya perkhidmatan bas rapid kl yang ade dan ade juga perkhidmatan sewa kereta.pelajar asasi tidak dibenarkan membawa kereta.motorsikal boleh cuma perlu melalui proses tertentu untuk mendapatkan sticker.untuk ke bandar klang atau scm blh naik bas rapid kl U90.nak ke shah alam pon naik bas U90.dari shah alam ke kl sentral naik bas U80. pasar malam sekitar puncak alam ade setiap hari sabtu dan rabu,naik bas T600.
bersambung~~~
No comments:
Post a Comment